Umur 30an hingga 40an bukan lagi umur “selamat”. Banyak berita mati mengejut.
Ada satu kisah yang sedih. Suaminya kata mahu pergi main badminton sekejab. Siapa sangka itulah momen terakhir dia bersama arwah suaminya.
Suaminya meninggal semasa bermain badminton. Mati ditempat kejadian.
Oleh itu, jangan tangguh apa yang anda rancang. Banyak benda yang nak dirancang tetapi usia tak berpanjangan. Mati dengan banyak impian tak terlaksana.
Hendak pergi berkelah bersama keluarga kononnya tunggu masa sesuai. Sedar tak sedar sudah lima tahun berjanji. Anak pun sudah bersekolah menengah. Keseronokan masa kecilnya tak sama dengan waktu sekarang.
GIPHY App Key not set. Please check settings