in

24-25 Sept 2024 – Seramai 80 orang peserta pelbagai jawatan daripada Ibu Pejabat…


24-25 Sept 2024 – Seramai 80 orang peserta pelbagai jawatan daripada Ibu Pejabat Polis Sentul dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyertai “Kursus Gerbang Barzakh siri 3/2024” anjuran Unit Sosial dan Komuniti, Masjid Negara dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Seminar Masjid Negara.

Kursus ini berlangsung selama 2 hari, pada hari kedua, peserta perlu menguruskan jenazah lelaki dan wanita di Tanah Perkuburuan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur – Karak dengan bimbingan fasilitator dari Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dengan mendalami ilmu tatacara pengurusan jenazah dengan sempurna. Ia disampaikan oleh Tuan Haji Marngi bin Wasim dan Ustaz Bakri bin Amboala selaku penceramah serta 4 orang fasilitator dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan pendekatan teori dan praktikal.

Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak JAWI dengan kerjasama didalam kursus ini. Semoga Kursus Gerbang Barzakh ini mampu menjadi mutiara berharga kepada para peserta sekaligus memberi pengalaman baharu buat mereka.

# Sahabat Kuliah Masjid Negara
# Bahagian Dakwah, Jakim
# Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
# Perpustakaan Sheikh Mohammad Idris Al-Marbawi – PSMIA

⏭️Whatsapp⏮️
https://whatsapp.com/channel/0029VaiIpouHrDZcShLJ4708

⏭️Telegram⏮️
https://t.me/masjidnegaraofficial

⏭️ Instagram⏮️
https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia

⏭️ Twitter⏮️
https://twitter.com/masjidnegara?s=09

⏭️Facebook⏮️
https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/








Source

What do you think?

Written by baiktengok.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ustaz Muhamad Al-Amin – Di Sebalik Watak Captain Barbossa #alkahfiproduction

KESALAHAN BERUCAP DULU SALAM KEMUDIAN – DATUK ABU HASSAN DIN AL HAFIZ