in

25 Ogos 2024 – ‘Program Daurah Kitab 2024’ anjuran Masjid Negara, Kuala Lumpur d…


25 Ogos 2024 – ‘Program Daurah Kitab 2024’ anjuran Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur dan Galeri Ilmu Media Group telah berlangsung dengan jayanya pada 24 dan 25 Ogos 2024 di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Imam Al-Ghazali.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Seramai 400 orang peserta telah menghadiri program kali ini.

Program ini telah dirasmikan penutupannya pada hari kedua oleh Imam Masjid Negara, YBhg. Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad. Turut hadir bersama adalah YBhg. Tuan Haji Mohd Jamalludin bin Kasbi, Pengerusi Masjid Al-Imam Al-Ghazali.

Untuk makluman, ‘Program Daurah Kitab 2024’ ini telah disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Al Fadhil Ustaz Haji Muhadir bin Haji Joll yang membentangkan buku beliau sendiri iaitu, ‘Qalbun Salim’ – Syarah Kitab “Penawar Bagi Hati”.

Buku tersebut juga telah diedarkan secara percuma kepada 400 peserta yang terawal.

Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf.

Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah.

Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.

# Sahabat Kuliah Masjid Negara
# Bahagian Dakwah, Jakim
# Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
# Perpustakaan Sheikh Mohammad Idris Al-Marbawi – PSMIA

⏭️Whatsapp⏮️
https://whatsapp.com/channel/0029VaiIpouHrDZcShLJ4708

⏭️Telegram⏮️
https://t.me/masjidnegaraofficial

⏭️ Instagram⏮️
https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia

⏭️ Twitter⏮️
https://twitter.com/masjidnegara?s=09

⏭️Facebook⏮️
https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/








Source

What do you think?

Written by baiktengok.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bangsa Yang Paling Penakut Dari Dulu Sampai Sekarang – Ustaz Auni Mohamed

Ustaz Syakir Nasoha – Risalatut Tauhid (Sifat Wahdaniah)