
Sedikit maklumat ringkas mengenai Allahyarham :
Allahyarham Tuan Guru Haji Rifaee ( 1961 – 2020 )
Oleh : Tengku Yusuff
Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Rifaee Bin Yaakob dan beliau dilahirkan di Kampung Padang, Kuala Pegang, Baling, Kedah pada 4 September 1961.
Allahyarham mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lanai kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Pondok Lanai dan mendapat didikan penuh dari Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Selain itu, Tuan Guru juga pernah menuntut ilmu di Pondok Tok Jong, Patani.
Di antara guru-guru-gurunya ialah :
1. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi
2. Tuan Guru Haji Salleh Musa
3. Tuan Guru Haji Awang Lanai
4. Tuan Guru Pak Su Yop
5. Tuan Guru Haji Abu Bakar Wara’
6. Tuan Guru Pak Teh Mad Isa Mahang
7. Baba Yeh Tok Jong
Ketika hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru di Pondok Lanai selama 20 tahun. Selepas kewafatan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, beliau telah membuka pondok pengajiannya sendiri yang diberi nama Madrasah Zuhdiah yang terletak di Kampung Charok Salang, Parit Panjang, Baling, Kedah pada tahun 1997.
Pada tahun 2019, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.
Khabar dukacita bagi ummah apabila Tuan Guru Haji Rifaee meninggal dunia pada 12 Oktober 2020 ketika berusia 59 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang, Baling.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber – Temubual secara bebas penulis dengan anakanda Allahyarham, Ustaz Atiq Kullah pada 30 November 2019
#KenaliUlamak
source
{Post ini ada kongsian dari sumber asalnya dan menepati syarat “CEATIVE COMMON” youtube}
WAJIB kongsi video ini dengan klik ikon share.
Share di Whatsapp @ media sosial supaya mendapat juga pahala bila mana ada menonton juga.