
sila kunjungi facebook saya: https://www.facebook.com/pages/Ramuan-Taufik-Buasir/402907353175501
BIODATA SHEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJEH
Sheikh Muhammad Kurayyim Bin Sa’id Rajeh dilahirkan pada tahun 1926 M (1344 H).
Beliau dilantik sebagai Sheikh Al-Qurraa’ (Penghulu Para Qari) setelah kewafatan Sheikh Al-Qurraa’ sebelumnya iaitu Sheikh Husain Khattab. Lantikan beliau dilakukan di Masjid Umawi (Umayyad Mosque, Damascus) di hadapan para qari dan alim ulamak yang diketuai Sheikh Abdul Razzaq Al-Halabi dan Sheikh Abul Hasan Al-Kurdi yang mengumumkan sokongan perlantikan beliau pada tahun 1408 Hijrah. Maka bermulalah tugasan beliau sebagai Sheikh Al-Qurraa’ di bumi Sham sehingga kini.
Sheikh Kurayyim telah dilantik sebagai Pengerusi “Ikatan Ulamak Sham” yang fokus dan objektif utamanya ialah aktiviti kemanusiaan, pendidikan dan politik dalam segala perkara berkaitan isu-isu Syria.
Sanad Ijazah Al-Quran beliau yang bersambung terus ke junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dari Malaikat Jibril A.S dari Allah S.W.T merupakan sanad yang tertinggi di dunia. Beliau juga telah menghimpunkan kesemua qiraat Al-Quran yang merangkumi Qiraat Al-Toyyibah dan Al-Shatibiyyah.
Antara nama jolokon beliau ialah Imam Shafie Kecil, di mana beliau merupakan seorang mufti yang amat alim dan faqeh di dalam ilmu Feqah Shafie. Beliau juga terkenal dengan gelaran Sheikh Al-Mufassirin (Penghulu Ilmuan Tafsir) disebabkan ilmu dan kefahamannya yang mendalam di dalam tafsiran Al-Quran.
Sheikh Kurayyim juga amat alim di dalam segala ilmu berkaitan Bahasa Arab, di mana beliau terkenal dengan memori yang kuat dengan hafalan matan-matan tatabahasa, syair-syair dan ilmu kesasteraan Bahasa Arab.
Antara guru-guru beliau yang tersohor ialah Sheikh Salim Al-Hulwani dan Sheikh Hasan Habannakah yang dianggap sebagai ulamak terbilang dan teralim di zamannya sehingga dilantik sebagai Pengerusi Ikatan Ulamak Sham.
Sheikh Kurayyim juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Institut Al-Fateh Al-Islami di peringkat ijazah dan sarjana muda sejak beberapa tahun dahulu. Beliau juga aktif mengajar kuliah-kuliah dan pegajian di masjid, kampus dan universiti terkenal di Damsyiq.
Sheikh Kurayyim Rajeh amat terkenal sebagai seorang penyampai khutbah yang hebat. Semua akan terpegun dan menumpukan perhatian ketika beliau berkhutbah atau berucap, tidak kira sama ada yang tua, muda, lelaki atau perempuan. Setiap kali beliau hadir pada apa jua upacara atau majlis, beliau tentu akan dijemput untuk menyampaikan ucapan. Ini kerena khutbah dan ucapan beliau sememangnya diketahui umum amat menyentuh hati dan menggoncang jiwa.
Sheikh Kurayyim Rajeh terkenal dengan kelantangannya dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan tanpa ragu-ragu atau berselindung. Beliau tidak pernah diam dalam menentang kezaliman, sehingga beliau sering menegur presiden Syria dan para pimpinan lain tidak kira pangkat dengan tanpa bermuka-muka atau bermanis mulut.
Setelah kebangkitan rakyat Syria, Sheikh Kurayyim adalah antara para alim ulamak yang pertama yang bangkit menyatakan kebenaran dan bersemuka dengan Presiden Basyar Al-Asad, lalu dinasihatinya lebih dari sekali. Akan tetapi setelah Sheikh Kurayyim menerima ugutan bunuh beliau terus beredar dari Syria setelah bermacam-macam usaha dilakukannya.
Sejak dari itu, Sheikh Kurayyim sering berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain walaupun usia dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, demi menerangkan kepada seluruh dunia akan kepedihan dan malapetaka yang menimpa rakyat Syria dan demi menyampaikan seruan Allah kepada orang-orang Islam di serata dunia.
Buat masa ini Sheikh Kurayyim menetap di Qatar. Beliau pernah dua kali datang menziarahi Malaysia dan beliau amat sukakan Malaysia disebabkan apa yang beliau nampak dalam diri orang Malaysia yang penuh dengan kebaikan, sifat pemurah dan tidak kurang juga perasaan kasih dan sayang yang ditunjukkan terhadap rakyat-rakyat Syria yang ditindas
source
{Post ini ada kongsian dari sumber asalnya dan menepati syarat “CEATIVE COMMON” youtube}
WAJIB kongsi video ini dengan klik ikon share.
Share di Whatsapp @ media sosial supaya mendapat juga pahala bila mana ada menonton juga.