Program Jaulah Perdana Madani anjuran Masjid Negara
26 Oktober 2024, (Sabtu) – Masjid Negara telah mengadakan Program Jaulah Perdana Madani bertempat di Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis. Program pagi ini disambut oleh En.Idris bin Sharizat (Penguasa Rumah Seri Kenangan Kangar) dan Tuan Haji Arshad bin Bahari (Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis) serta beberapa kakitangan yang terlibat. Sebanyak RM 30,000.00 telah diagihkan kepada Rumah Seri Kenangan Kangar manakala RM 10,000.00 kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis. Selain itu, aktiviti ramah mesra antara rombongan Masjid Negara bersama penghuni juga telah diadakan bertujuan untuk menyantuni mereka dengan lebih dekat serta dapat memahami keadaan semasa mereka.
Pada sebelah petang, Program Jaulah Perdana Madani diteruskan dengan sumbangan kepada 30 orang asnaf yang terdiri daripada fakir miskin di Kampung Paya Kangar. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Ehsan Bin Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara.
Terima kasih kepada sukarelawan dan para pegawai masjid yang meningkatkan inisiatif menjejaki penerima-penerima yang layak. Setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang memberi kepercayaan kepada institusi masjid bagi menyalurkan sumbangan mereka kepada insan yang memerlukan.
# Sahabat Kuliah Masjid Negara
# Bahagian Dakwah, Jakim
# Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
# Perpustakaan Sheikh Mohammad Idris Al-Marbawi – PSMIA
⏭️Whatsapp⏮️
https://whatsapp.com/channel/0029VaiIpouHrDZcShLJ4708
⏭️Telegram⏮️
https://t.me/masjidnegaraofficial
⏭️ Instagram⏮️
https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia
⏭️ Twitter⏮️
https://twitter.com/masjidnegara?s=09
⏭️Facebook⏮️
https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/
GIPHY App Key not set. Please check settings