Cara Memastikan Hari Berjalan Lancar Sebagai Wanita Berkerjaya

Kalau dah sampai…

Cara Memastikan Hari Berjalan Lancar Sebagai Wanita Berkerjaya Kalau dah sampai…


Cara Memastikan Hari Berjalan Lancar Sebagai Wanita Berkerjaya

Kalau dah sampai saya letak white board ini di ruang tamu, ia menandakan saya sedang menghadapi satu situasi kerja yang sangat serius.
.
Ini memang sangat “rare” sebab prinsip saya, terutama dah umur macam ini, supaya tak bawa kerja ke rumah.
.
Sebenarnya dari dulu saya tak buat kerja pejabat atau bisnes di rumah, terutama waktu malam.
.
Di rumah saya fokus kepada anak-anak. Memasak, ajar subjek, ajar mengaji, mendengar cerita. Anak-anak saya semua tak masuk asrama.
.
Ruang tamu rumah memang untuk rehat, berjemaah, bersantai.
.
Tapi bila saya letak white board ini betul-betul di tengah ruang tamu, suami dan anak-anak tahulah saya dalam mood serius tahap tertinggi 😃.
.
2024 tahun terluka sampai nak bersara awal. Tahun 2025 tahun depressed menyelesaikan hal cukai, royalti, kesan terluka 2024 yang lambat bethul nak sembuh 🤭.
.
Done mengadu kat orang, done kesian kat diri sendiri. Saya kata pada diri, “I am healed, I am powerful, I am happy.” Saya letak di wallpaper phone.
.
Hanya diri sendiri yang mampu bangkit. Orang lain boleh dengar, nasihat, doa, simpati. Kita yang perlu selesaikan masalah sendiri.
.
Saya decide 2026 saya bangkit dari semua keadaan tak gembira dalam kerjaya dan bisnes.
.
Memang betul, bila kita sendiri fokus nak bangkit dan “be better”, semua sistem diri kita, fikiran, jiwa, fizikal akan berpadu untuk bekerja.
.
Maka, seperti dulu-dulu yang saya pernah lalui, saya rasai semangat tumbuh kembali dalam diri, idea penuh di otak, idea macam wayar berselirat.
.
Saya katakan pada suami bahawa saya perlu luahkan semua idea dan perancangan ini.
.
Suami pun ambil white board usang yang tak digunakan di ofis NK, tampal dengan kertas putih dan saya beli marker warna-warni.
.
Apabila saya dah luahkan semua yang berserabut di fikiran atas whiteboard ini, mengejutkan bahawa sebenarnya taklah banyak sangat 😃.
.
Amat penting untuk kita tulis apa yang ada dalam fikiran.
.
Sebagai wanita bekerjaya, semuanya saya rancang dalam tulisan.
.
Saya ingin kongsi apa yang saya lakukan untuk memastikan dapat lalui hari yang sangat sibuk. Sila lihat komen. Semoga dapat memberi manfaat terutamanya kepada wanita bekerjaya.



Dr Siti Hamidah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply